CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Monday, November 11, 2013

Playboy itu suami aku

Assalamualaikum

Hai hari ni cerita baru yang ganti MR ARROGANT tu. Sebenarnya aku rasa aku pernah baca novel ni. tapi aku  tak ingat dah..dah banyak aku baca novel haha tak ingat dan bertukar-tukar dah jalan cerita dalam kepala aku nim. adeh hahaha

tapi korang pun memang nak tahu kan jadi nilah sumber yang aku google tadi. salam magrib dan selamat menonton. jangan lupa solat dulu okay :)

Playboy Itu Suami Aku

RM24.00
SEMENANJUNG:- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 AHLI KN: RM23.00Sinopsis:-

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Sunday, November 10, 2013

2x5 atau lebih teruk

Assalamualaikum :)

hari ni facebook dah jadi tempat luahan perasaan marah, sakit hati, kecewa dan sebagainya. tapi kebanyakkannya adalah marah, kritik orang lain dan lain-lain.

Nak dijadikan cerita tadi aku terbaca post fb seseorang. statusnya mengkritik individu lain yang bercakap pasal islam, perkahwinan dan menceritakan bahawa individu tersebut tidak berhak bercakap begitu sedangkan dirinya yang sebenar jauh terpesong dari kelakuannya. bagi aku sejujurnya kalau itu adalah pendapat individu yang merasakan dirinya sangat sempurna sehingga merasakan membuka aib sesama muslim di laman fb kepada umum adalah tidak mempunyai apa-apa maksud.

sekiranya individu tersebut begitu, bagi pendapat aku apa salahnya kita mendoakan perubahan dia ke arah jalan yang betul. bukan mengkritik! sekurang-kurangnya kita tahu pengetahuan agamanya ada. dan bagaimana kalau individu tersebut memang sedang perlahan-lahan menuju kearah perubahan. tidakkah dengan kritikan kita merosakkan perubahan dia? cukupkah pahala kita untuk menanggung dosa mengubah hati yang mahu berubah. walau setinggi manapun ilmu agama kita bukan kepuyaan kita mengadili seseorang. kerana kita juga manusia, punya hati dan juga pernah dan bakal melakukan kesilapan.

jadi berdoalah untuk kebaikan seseorang bukan mengkritik untuknya. aku pun kadang-kadang terbabas jugak buat begitu. tapi kadang-kadang aku sedar daripada aku post marah, kritik, komen orang lain baik aku post benda yang positif dan boleh tenangkan diri atau sedarkan orang lain yang diposisi aku. Ya ALLAH S.W.T jauhkan aku dari sebarang dosa yang membawa kepada nerakamu.