Assalamualaikum :)
hari ni facebook dah jadi tempat luahan perasaan marah, sakit hati, kecewa dan sebagainya. tapi kebanyakkannya adalah marah, kritik orang lain dan lain-lain.
Nak dijadikan cerita tadi aku terbaca post fb seseorang. statusnya mengkritik individu lain yang bercakap pasal islam, perkahwinan dan menceritakan bahawa individu tersebut tidak berhak bercakap begitu sedangkan dirinya yang sebenar jauh terpesong dari kelakuannya. bagi aku sejujurnya kalau itu adalah pendapat individu yang merasakan dirinya sangat sempurna sehingga merasakan membuka aib sesama muslim di laman fb kepada umum adalah tidak mempunyai apa-apa maksud.
sekiranya individu tersebut begitu, bagi pendapat aku apa salahnya kita mendoakan perubahan dia ke arah jalan yang betul. bukan mengkritik! sekurang-kurangnya kita tahu pengetahuan agamanya ada. dan bagaimana kalau individu tersebut memang sedang perlahan-lahan menuju kearah perubahan. tidakkah dengan kritikan kita merosakkan perubahan dia? cukupkah pahala kita untuk menanggung dosa mengubah hati yang mahu berubah. walau setinggi manapun ilmu agama kita bukan kepuyaan kita mengadili seseorang. kerana kita juga manusia, punya hati dan juga pernah dan bakal melakukan kesilapan.
jadi berdoalah untuk kebaikan seseorang bukan mengkritik untuknya. aku pun kadang-kadang terbabas jugak buat begitu. tapi kadang-kadang aku
sedar daripada aku post marah, kritik, komen orang lain baik aku post
benda yang positif dan boleh tenangkan diri atau sedarkan orang lain
yang diposisi aku. Ya ALLAH S.W.T jauhkan aku dari sebarang dosa yang membawa kepada nerakamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment