CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Monday, November 7, 2011

datangnya bersama cinta


Tentang seseorang. Semalam dia datang lagi. Datang bersama cinta yang masih dia kandung. Masih seperti dulu. Mungkin dia berubah tapi hatinya masih sama, sejuk seperti angin dingin tapi sayangnya angin dingin ini xdapat saya rasa dingin sejuknya. Mungkin rasa itu dari mulanya bukan milik saya.
Dan sekarang dia datang dengan membawa cintanya lagi. Mengatakan dia masih menunggu. Menyatakan hasrat untuk melihat sepasang mata yang dulunya milik dia. Tapi di akui dulu sepasang mata itu dulu tidak sepenuhnya di amati.

Datangnya dia dengan cinta. Bohonglah saya jika hadirnya dia tak tersentuh rasa hati. Ya saya rasa…tapi bukan untuk rasa yang seperti dulu…tapi rasa saya itu lebih kepada bersalah. Jika datangnya dia saya ingin katakan yang saya mohon maaf. Andai dulu saya buta melihat kasih sayang. Saya khilaf sebab terlalu ingin pergi. Saya tak mahu melukakan apa yang sudah terluka. Semakin lama saya ada, semakin terluka hati kamu, semakin menipu saya pada diri sendiri. Sesungguh saya tidak mampu berbohong kepada rasa saya sendiri.

Datangnya membawa cinta. Ya..cinta terkadang tiada akhirnya…bila kita jumpa seseorang dan kita rasakan dia pemilik cinta kita…memang susah untuk kita lepaskan andainya dia ingin pergi dari kita…tapi terkadang ade cinta yang lebih bermakna menanti kita. Jangan sedih saya bukan menolak kamu, tapi saya memberi kamu cinta yang lebih baik. Kerana kamu berhak untuk yang lebih baik.
Datangnya memberi cinta. Cinta xboleh saya paksa. Begitu juga cinta dia. Saya xboleh paksa dia berhenti mencinta. Kerna itu cinta dia. Dia berhak ke atas cintanya. Dan saya juga sedih sebab cinta itu tumbuh ikhlas atas kasih sayang dariNya…saya tak dapat menyambutnya. Maafkan saya....cinta itu masih sama…saya hargainya…maaf tiada hak saya untuk buat rasa itu berhenti…dan maaf tiada daya saya untuk menyambut….kerana rasa saya miliknya.

Dia datang lagi bersama cintanya. Katanya untuk terus menunggu selagi cinta itu milik saya. Kembalillah padanya sekiranya saya juga miliknya. Sambut tangannya jika saya kembali kepada rasa itu…dia akan mengalah…dan dia akan pergi sekiranya dia boleh melupakan setiap tarikh dan setiap detik ketika ada saya bersama dia.

Datangnya bersama cinta. Memberi segalanya yang masih berbekas dalam ingatan…masih terasa dihatinya…dan saya menangis…………


0 comments:

Post a Comment