CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Wednesday, July 14, 2010

diares 1: berbloggers


assalamualaikum...hehehe...untuk entry yang pertama. tulis blog! bukan blog jugak tapi aku nak menulis untuk bercerita apa yang aku rasa, aku lalui dengan orang yang baca aku punyer blog. sory sebab aku bukan penulis untuk tulis guna tatabahasa yang betul. aku hanya aku yang ingin menulis.hiiii...insyaAllah aku kongsi semua cite aku kecuali rahsia aku ngan korang sume.hiii(mane boleh cite rahsia...kalau aku cite nt xrahsia lar) aku asyik tersengih jea sambil taip nie.entahla excited sangat kot tulis blog nie..hahahha...

okey let's aku gitau sikit sal aku. nak bagitau ape entah. okey aku mula ngan hobi. aku suka mancing. pelik ker? i'm a girl but like to fishing. semua kawan aku tekejut bila aku cakap aku suka mancing. apa yang pelik aku tak taulah. tapi diowrg cakap hobi aku tu boring. ye ker? hmm...aku tak nafikan memang ada jugakla kekadang tu rasa boring tapi perasaan boring tu hilang bila dapat ikan. sekali gus boring tu jadi excited nak dapat ikan-ikan lain...kalau tak caya cuba-cubalah pegi memancing yea.

hobi mancing nie, aku dapat dari adik aku. dia yang suka mancing biasalah budak laki kan. mula-mula aku puwn tak suka jugak mancing. Tapi adik aku bagi aku satu joran suruh aku cube.aku yang nak tahu apa yang seronok sangat dengan memancing sampai adik aku sanggup duduk tercongok tepi sungai berjam-jam tu...dengan excited,penuh perasaan ingin tahu puwn cubelah. kelakar time tu bila ingat balik. sekali dapat ikan terus aku melompat kegirangan(macam budak-budak dapat permainan tu) hehehehe. selamat la sampan yang kitaorang naik tu tak terbalik. kalau terbalik tak pasal-pasal aku dah minum air free. terima kasih adikku cayang coz let dis hobby be our fav activities. terima kasih Ehsan.

melarat pulak topik mancing aku.kata nak cakap tentang aku kan.okey aku ada empat siblings. dua kakak satu adik laki.satu abah dan satu mak.simple family, tapi sangat-sangat penting untuk aku. yerla sape tak sayang family kan? aku anak ketiga orang kate anak ketiga nie senang nak urus. tapi nape abah aku cakap aku lar yang paling degil antara kami adik beradik.hiii..."bukan degil abah..tapi tegas" statement membela diri aku bila abah cakap aku degil. hiii...jom aku cite sal ahli family aku siket kat korang ea. Abah...tegas tapi penyanyang. abah cocth silat tahu(denagan muka sombong dan berlagak time menaip statement ini)...hiii..tapi aku tak ada lar pandai silat sangat. sikit-sikit la. skunk nie lame dah tak belajar. aku puwn da jadi lembik dah.hihihi. Dulu setakat adik aku tu sekali tendang jea dia da jatuh.hihihi. Sekarang uhhh...sepuluh kali aku tendang dia, sebelas kali aku jatuh. Ganas betul adik aku kan. sekarang nie, lagilah ke"terror"an nya bertambah. Apa tak nyer dengan bertinju lagi. esh...esh...Tabik adikku!

Mak aku is dat penasihat bagi aku. mak juga reason aku ada di sini hari ini.hmmm...mak jugak pengadil bila aku gaduh nagn adik aku yang sorang tu. hhhihih. Apa-apa puwn masakan mak aku paling sedap. tak caya? jom datang rumah aku. dan ape-ape puwn jugak ingin saya tegaskan disini...saya sayang mak saya! okey next..my kakaks(ader "s" sebab ader dua orang). Yang sulung agak tegas macam abah. Yang second sangat peramah. Dua orang nie sangat opposite tapi sangat kamcing! dan aku sayang dua orang ini.

okeylah dah leteyh taip. Panjang daripada asiggment dah nie.hhihihi...kalau buat asiggment punyerlah malas.hmmm...tulis blog laju jer aku tulis kan.Tengok-tengok dah sampai paragraph nie.okey bai..nanti aku sambung lagi ye...

0 comments:

Post a Comment