CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Monday, April 4, 2011

pentingkan diri, susahkan orang dan hormati

salam :)

kawan bukan sekadar luaran. tapi kawanlah dengan jiwanya. ternyata kamu kan jadi sebahagian darinya.
Dalam hidup ni manusia ada banyak-banyak jenis. adab manusia tak lengkap tanpa sikap ini kan. xsalah kalau kita mahu pentingkan diri. betol kita wajid fikirkan diri kita sebelum orang lain. tapi pentingkan diri yang baik adalah yang mempunyai pertimbangan. yang mempunyai rasa belas kasihan. sebab sesungguhnya apa yang kita ada hari ini xdijamin kita akan ada keesokkannya. dan muhasabah pada diri terhadap apa yang akan berlaku kerana "ada diantara balasanNya dibalas didunia" dan sesungguhnya manusia yang mulia adalah salah satu manusia yang dipenuhi dengan perasaan belas kasihan sesama manusia.hmmm....walaupuwn begitu perasaan ini perlu juga ada dikalangan manusia. lakukan sebaik yang kita mampu. kerana setiap yang baik dibalas dengan baik.

pengalaman ajar kita segalanya.

dan dalam hidup yang panjang ini...kita haruslah hidup berdikari...dan perjuangkan apa yang kita ada dalam hidup. kerana menerusi itu kita dapat menghalangi rintangan yang lebih besar. oleh itu jangan kita bergantung pada orang lain. belajar berdikari. jangan menyusahkan orang lain. kerana 'jarang antara kalangan manusia yang suka orang menyusahkan orang lain melainkan orang yang tidak pentingkan diri dan berharap setiap kebaikan berpihak kepadanya.' memang dalam sesetengah orang kata konteks menyusahkan tersebut adalah meminta tolong...tapi konteks positif tersebut boleh berubah kepada konteks negatif iaitu menyusahkan orang lain. adab manusia memijak pada yang akur. menyuruh pada yang tak menolak. meminta pada yang sentiasa menerima. dan mengambil kesempatan pada yang sempat. lettakkan diri kita pada orang yang kita akan 'susahkan'. jawapannya ada disitu. :)

jangan susahkan orang...jgn peningkan org :(

adab manusia juga susah kepada benda yang senang. dan senangkan kepada perkara yang susah. dalam konteks apa puwn hubungan kita antara manusia adalah menghormati. jika kita boleh belajar, mengamal dan memahami unsur hormat. segala hubungan menjadi mudah. ramai yang tak dapat jadi kawan sejati sebab hanya belajar hormat. tapi tak mengamalkannya. jika yang tua tak menghormati yang muda kerana ego bagaimana yang muda hendak belajar menghormati yang tua. dan jangan anggap perkara remeh tak perlu dihormati kerana sudah adab manusia pandangan berbeza-beza. semakin dekat dengan seseorang itu semakin kita kena menghormatinya. jangan sebab kita kenal dia..kita pandang remeh soal menghormati. dan kawan bukan meluah tapi mendengar. kawan bukan menerima tapi memberi. pikir-pikirkan. btolkan?
 
sama-sama kita cari jawabnya :)
hmmm...sama-sama kita kongsi apa yang saya faham tentang tiga perasaan ini bila saya laluinya dalam meniti hari yang penuh asigment ini. tentang hidup tak siapa tahu. tak siapa duga. kerana hidup bukan milik kita.
Alhamdulillah kerana kita masih mampu bernafas untuk baiki diri kita. saya juga tak sempurna. saya juga ada tiga perasaan ini. saya juga mahu positifkan tiga perasaan ini. saya tak mahu  jadi jaat jadi negatif sebab terpengaruh perasaan ini. saya manusia biasa. juga mampu bercakap tai tak tahu sama ada saya boleh buat atau tak... terserah padaNya. sama-sama kita baikiNya. :)


0 comments:

Post a Comment