CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Tuesday, January 8, 2013

dia semakin berubah

assalamualaikum :)

orang lelaki bila marah kadang comel, bila merajuk pulak kadang tak patut, bila cemburu pulak kelakar. itulah lelaki gagah atau baik sekali pun tak akan ada yang tak ada perasaan marah, merajuk dan cemburu. bila dah sayang la katakan...

kadang juga cerita tentang cik abang seseorang berbeza. macam yang sorang ni. dulu dia tak macam ni, jarang la aku tengok dia menunjukkan perasaan marah, merajuk, cemburu or sensitiif. kadang macam tertukar aku dan dia, aku yang tukang pujuknya. aduh =.= 

bila dua tahun dia dah berubah jadi macam-macam depan aku. rasa hebat jugak kadang-kadang. mana tak nya kerana aku dapat tukar dia jadi polis pencen. kenapa? mana tak nya, kalau bila keluar atau balik dia macam tembak aku dengan M16 berpelurukan soalan-soalan dia. jenuh nak menjawab kadang aku dengar jea dia...

bukan setakat tu aje, aku jugak rasa dia dah jadi penceramah bebas. kenapa? tak perlu di undang atau di suruh laju sahaja mulutnya menghurai dan memberi ceramah dekat aku. tak mampu ceramah balik, sekali lagi aku biarkan dia..

dia juga dah bertukar jadi doktor pribadi aku. walau tak berkursus sampai ke ireland atau india ambil medik tapi cukup dengan berilmukan GOOGLE dia dah bagi nasihat yang panjang lebar pasal kesihatan. kelakar jugak kadang tu luka sikit saja, dia dah lecture pasal jangkitan kumanlah apalah...hai comel sungguh...dan berakhir dengan aku biarkan juga...

pegawai pribadi juga aku berjaya terapkan pada diri dia. mana taknya dia dah pandai mengawal dengan siapa aku bergaul dan berkawan. kadang cemburunya buat aku tergelak...cemburu pada yang tak sepatutnya tapi aku faham perasaannya...jadi aku mengalah dan biarkan lagi...

kesimpulannya di sini, aku biarkan semua yang dia nak jadi pada aku sebab aku tahu dia makin sayang dan hargai aku. kalau tak dia tak akan jadi polis pencen sebab bimbangkan keadaan aku, dia tak jadi penceramah bebas selain dengan niat mahu membetulkan aku dengan apa yang dirasakan betul, dia tak akan jadi doktor pribadi kalau dia tak mahu menjaga dan bersama aku, dan dia juga tak akan seperti pegawai pribadi kalau tak mahu memiliki aku :) ya aku biarkan kerana aku tahu dia sayang aku...dan aku sayang dia...

jiwang sungguh entry malam ni, apa-apa pun aku cinta dia seadanya, biar dia seperti dulu atau masih sama, kerana hatinya masih milik aku :) haihhh jiwang sungguh =)

 ini gambar masa tlg kawan iklan tudung. kalau nak order boleh klik sini Amira Hamid

0 comments:

Post a Comment