CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Sunday, January 13, 2013

randomly speaking ♥

assalamualaikum :)

kali ni, tengah malam lagi jari-jari aku menari atas papan keyboard. sastera pulak ayat rasanya, tapi tak apalah sekali sekala sastera apa salahnya lagi pun aku budak sastera, jadi budak sastera best ok :). hari nia aku tak tahu nak tulis enty pasal apa, tajuk apa dan cerita apa yang aku nak merapu malam nie...tapi aku tetap rasa teringin nak menulis sebelum aku tidur :)

kadang ada beberapa faktor yang menyebabkan aku ingin menulis dekat blog. antaranya nak luah perasaan, stress atas sesuatu dan menulis juga merupakan terapi. Dengan menulis buat kita rasa macam kita dah share dengan seseorang. kita dah mengadu, cerita apa kita rasa dan kita tak rasa kita sorang-sorang kita rasa ada yang temani kita, sokong kita. so aku juga anggap blog aku nie terapi. 

 Dan bila aku tulis blog tentang sesuatu atau pasal seseorang sebenarnya aku bukan nak mengheohkan tentang seseorang itu, tetapi dengan kata lain aku sebenarnya guna cara pendekatan yang tak mahu sakiti dia utk cakap terang-terang aku tak suka dia  atau tak setuju atas tindakan dia tapi aku mahu jaga hati dia dan mahu dia tahu apa aku rasa bukan terus memendam bila tengok muka dia. dan aku rasa bukan aku sorang saja begitu...kamu semua juga kan? haha

tapi bukan setakat dalam bab tulis menulis blog aja, dalam perkara lain pun kita kena fikir positif juga :). sebab tak ada yang berlaku dalam dunia ni dengan sengaja atau tiba-tiba. semua ada cerita di sebalik rahsia. aku harap aku boleh terus berfikiran positif dalam setiap perkara :)

ok. kita move on to next topic. engcik sayang :). hari nie dia sangat sibuk. katanya minggu ni jadual dia penuh maklumlah minggu depan dah nak keluar berpraktikum. macam nilah kalau sama-sama belajar. tapi dah jodoh nak buat macam mana lagi. rasa nak melenting jugak tapi dah jadual dia macam gitu...sekali lagi tak boleh nak buat apa-apa. kesian dia asyik mintak maaf...hmmm tak apa :)
dan time ni jugak timbul muka budak kechik si Afia...wahhh sangat rindu dia. rasa nak balik jumpa dia.

okelah tak mahu merapu lagi. good nite semua. maaf kalau ada salah sila. terkecik atau terbesar hati.

                                                                                                                                ikhlas =) yuyue


gambar masa bawak si gigi rabit ke taman :P missububu

0 comments:

Post a Comment