CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Saturday, January 5, 2013

salah

assalamuailaikum

salah. semua orang ada buat salah. aku juga. sebab tak ada orang tu sempurna. cakap pasal salah nie banyak kategorinya. hari ini aku bersalah sebab aku tak tahu apa salah aku dan bila tahu perkara sebenar yang aku memang salah. 

kadang-kadang kita tak tahu bila kita ada buat silap. kadang-kadang salah ini tak disengajakan. jadi wajib ker layan orang yang buat salah tanpa disengajakan dgn hukuman orang buat salah secara sengaja. aku rasa tak adil bila aku di layan macam ni. setidak-tidaknya tanyalah dulu...dengar baik-baik penjelasan aku. aku dah mengalahkan mengaku salah aku. aku tahula aku dah buat salah, tapi fikrla aku ada perasaa, dan  perasaan ini juga ada hati yang ada kasih sayang.

sekarang baru aku faham perasaan orang yang bersalah dan rasa itu bila kita di layan macam peminta sedekah yang hina. tapi untuk dapatkan sedekah kita sanggup buat apa saja. tapi bila orang tu layan kita macam kita tak ada perasaan kadang kita rasa lebih baik kita berlapar.

pengajarannya buat aku, aku tak nak sulitkan kemaafan jika ada yang memohon maaf dari kita, sebab aku faham macam mana orang tu rasa dan tak semua kesalahan tu di sengajakan mungkin ianya kesalahan atas sebab-sebab tertentu. 

aku tulis entry ni, bukan untuk cerita kt dunia yang aku nie bersalah dan tak patut di persalahkan. tapi untuk sesiapa yang sedang marah dekat siapa-siapa. maafkanlah orang tu sebab dekat bumi ni tak ada yang sempurna selain Nabi kita. lega lepas kita maafkan orang daripada kita rasa marah dekat seseorang. 

aku ada baca kat satu blog, dia kata kalau kita memaafkan orang lain ada kelebihannya iaitu :
1. Hati akan menjadi bersih/suci
2. Fikiran menjadi tenang
3. Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh
4. Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati
5. Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda
6. Rezeki akan dipermudah dan mula melimpah ruah
7. Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut
8. Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat
9. Doa cepat dimakbulkan
10. Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat

copy paste 2 jadi hijau :D 

apa-apa pun sering bagi maaf jika ada yang salah, ada yang perlu di maafkan, lebih-lebih lagi orang tu pasangan kita. sebab rasa cinta tu melebihi rasa marah dan rasa kebencian. jika kita dapat beri kemaafan pada pasangan kita itu merupakan satu tanda cinta kita melebihi segalanya pada dia.

okeylah. dah lewat. jangan lupa maafkan setiap orang sebelum tidur dan mulakan hari esok dengan sebaiknya. :)


0 comments:

Post a Comment