CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Thursday, January 3, 2013

Azam Baru 2013

assalamuailaikum =)

hai my dearest blog! oh lame dah rasanya aku tak mengupdate apa-ape dekat sini, nak kata sibuk orang lain pun sibuk jugak tapi ada jea blogger lain dapat buat entry. yang seterusnya nak kata saya fokus stadi rasanya memang tak la, tak fokus lansung tu menipu la...fokus tapi bertempat. hihi. tapi kesimpulannya saya blogger yang pemalas. haha

selamat tahun baru walaupun dah masuk hari ke 4 kita berada dalam tahun 2013. bercakap tentang tahun baru ni orang mesti sibuk pasal buat azam baru kan. Jadi aku pun ada azam jugak. bukan boyfriend, tapi azam iaitu perkara yang aku nak buat untuk tahun 2013 =) 

1.  banyak-banyak beramal ibadat
aku manusia yang serba kekurangan jadi aku nak perbanyakkan apa yang kurang atau memperbaiki apa yang tak betul. sebab kita tak tahu bila kita kembali kepadaNya jadi gunakanlah peluang yang ada sebaiknya. tak ada yang lebih berharga dari sekeping hati yang penuh kecintaan kepada pencipta kita. =) . 

2. belajar dari kesilapan
kalau sebelum nie aku banyak buat silap, jadi tahun mahu belajar dari segala kesilapan. perbetulkan apa yang tak betul. kerana aku manusia jadi aku berhak jadi manusia yang lebih baik :)

3. perbanyakkan baca Al-Quran
mahu perbetulkan dan tambah apa yang kurang :) baca Al-Quran boleh tenangkan jiwa, hati yang resah dan boleh memelihara aku dari perkara-perkara yang di marahi Allah :) moga aku boleh lakukan :) InsyAllah.

4. kurangkan bercakap banyakkan berfikir
aku rasa tahun lepas aku banyak bercakap tapi main cakap jea. jadi tahun nie bercakap apa yang perlu apa yang betul dan boleh membantu orang lain. walaupun tak membantu dengan wang ringgit cukuplah aku membantu dengan bagi kata-kata yang menyedapkan orang yang mahu dengar :)

5. tanamkan hati yang ikhlas dalam setiap perkara
aku nak buat semua pekara dengan hati yang ikhlas, barulah semua perkara tu berjalan dengan baik. 

6. menghargai orang di sekeliling
tahun ni, aku final year. jadi aku nak habiskan masa dan kasih sayang pada sahabat-sahabat yang ada sepanjang 4 tahun setengah ni. tak terbayang rasa bila lepas nie semua bawa haluan masing-masing tapi aku harap persahabatan ni sentiasa utuh :). 

7. rahsia.

hahaha dah habis dah. yang lain aku tulis dalam diarilah. rahsia dah hehe. apa-apa pun azam semua aku harap kita sama-sama dapat disiplin follow kita punya matlamat. :) all the best to all. may we always be blessed with hidayah.

salam jumaat :)

0 comments:

Post a Comment