CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

must klik

Followers

Monday, December 27, 2010

Bagaikan udara. Tanpamu ku lemah. (12 november 2010)


salam. Dear belog.

Entah kenapa hari ini saya rindu dia. Ya saat ini. Satu-satu kenangan melintas kat otak. Kenapa. Saya xtahu. Ttbe mata nie lemah. Titiskan rasa rindu untuk dia. Dia seketika tapi menghiris hati saya. Satu lagu berjaya buat saya rasa rasa ini. saya xpernah tunjuk sayang saya tapi saya tahu dia tahu saya sayang dia. Wujud dia tanpa sedar. Hilang dia amat berbekas. Wujud dia tak sengaja. Hilang dia saya cari. Hilang dia saya kosong.

Saya tahu. Tahu yang dia ikut setiap langkah saya walau tanpa jejak. Tanpa kesan. Ya saya tahu. Dan tiap saya cakap ngan dia…dia tahu semuanya. Dia begitu teliti. Teliti terhadap saya. Entah saya tak takut terhadap ketelitian dia. Sebab saya tahu. Saya tak rasa terkonkong. Saat dia tunjukkan rasa keperhatian dia…satu hati saya cakap “saya minta maaf”.

Makin banyak memoir hadir. Memoir yang hati saya tergerak untuk kata ya dia sayang saya. Untuk perhatian saya dia sanggup berembun. Korbankan malamnya untuk saya. Membuatkan dirinya tertido menanti saya. Hanya untuk bercakap dengan saya. Setiap ape saya cakap dia ambil peduli. Dia macam tahu apa saya rasa. Dia macam baca diari saya. Baca hati saya. Dia inginkan perhatian tapi saya yang di beri perhatian. 

Dia amat manis untuk dimakan tapi rugi untuk disimpan. Saya tahu dia kosong. Dan mungkin saya hanya mengisi kekosongan dia yang buat dia sentiasa perlukan saya. Tapi dia buat saya selesa. Dia hormati saya. dia buat saya tersenyum. Dia mampu buat saya bercerita. Dia selalu pujuk saya andai saya sedih. Dia selalu ade. Dia buat saya mengadu kat dia. Tapi…

Tak semuanya indah. Hidup ade yang silap. Ade yang terluka. ade yang tak sanggup. Dan dalam hidup saya harus. Melepaskan adalah yang terbaik untuk semua. Ini yang saya jawab saat dia tanya kenapa. Dan untuk ucapan ini memerlukan masa detik, minit, saat dan waktu untuk terucap. Hati saya berat. berat untuk ungkap. Tapi itu yang saya perlu ungkap. Ya perlu.

Dan bila dia tanye. Macam mane perasaan dia? saya hanya terdiam. Maafkan saya. sebab meletakkan perasaan dia ditepi. Ye saya pentingkan perasaan lain. Maaf. Saya xmampu. Saya xbisa. Saya xkuat.

Dan saat itu saya tanye dia. Awak nangis? Dan dia cakap jangan tanye. Ya saya tahu dia menangis. saya dengar. Saya juga menagis. Tapi dalam hati. Saya xboleh bagi dia dengar saya menangis. Saya tak mahu dia lagi sakit. Saya tak mahu dia tahu. Mungkin hatinya juga berat. jangan menagis wahai dia. Mungkin ade hikmah. Ade yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ade maksud di sebalik yang tak bermaksud.

Dia. Beri saya banyak memoir. Even a single or simple thing it just can touch deeply in heart. Because he some kind have a thing that I fell. Some that was inside me. Memoir dia. Mungkin. Tinggalkan untuk saya rindu dia agaknya. Ya saya rindu dia. Saat ini. ingin sekali…sekali saja saya ingin tahu dia. Tahu dia sebenarnya. Ape dia masih cinta…masih sayang…dan kenapa…masih teruskan rasa itu…

0 comments:

Post a Comment